Cari:
China, Indonesia Bincang Isu Bilateral dan Serantau
2016-05-27 10:45:59 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Menteri Pertahanan China, Chang Wanquan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Indonesia, Ryamizard Ryacudu di Vientiane, Laos semalam. Kedua-dua pihak telah membincangkan isu-isu berhubung dua hala dan serantau.

Chang Wanquan berkata, China bersedia bekerjasama dengan Indonesia untuk melaksanakan konsensus penting yang telah dicapai oleh Presiden China, Xi Jinping dan Presiden Indonesia, Joko Widodo agar terus memperdalam perkongsian strategik komprehensif kedua-dua negara demi pembentukan komuniti berkongsi nasib bersama China-ASEAN. Angkatan tentera China juga bersedia memperkasakan kerjasama pragmatik dengan angkatan tentera Indonesia dalam pelbagai bidang.

Ryamizard pula berkata, kedua-dua negara telah mencapai hasil yang memuaskan dalam pertukaran lawatan peringkat tinggi, perkongsian maklumat perisikan, latihan bersama dan teknologi kelengkapan senjata pada tahun-tahun kebelakangan ini.

Ketika menyebut isu Laut China Selatan, Ryamizard menyatakan bahawa pertikaian berhubung hak kedaulatan serta hak dan kepentingan maritim di kawasan perairan tersebut patut diselesaikan melalui rundingan dan permuafakatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China