Cari:
China, Vietnam Berupaya Selesaikan Pertikaian Melalui Rundingan
2016-05-27 11:10:15 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Sebagai negara jiran yang bersahabat, China dan Vietnam mempunyai keupayaan dan kebijaksanaan untuk menyelesaikan pertikaian melalui rundingan dan permuafakatan.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying berkata demikian dalam sidang media di Beijing semalam.

Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Xuan Phu baru-baru ini menyatakan bahawa negaranya tidak berniat untuk menambah kehadiran tentera di Laut China Selatan dan sedang mencari jalan penyelesaian secara damai bagi pertikaian berkenaan. Vietnam bersedia bekerjasama dengan rakan-rakan strategik serantau untuk bersama-sama memelihara keselamatan rantau ini.

Dalam pada itu, Hua berkata, China sentiasa berpegang pada prinsip pertikaian wilayah kedaulatan dan kepentingan maritim diselesaikan oleh pihak-pihak terlibat melalui rundingan dan permuafakatan berdasarkan undang-undang antarabangsa. China dan Vietnam mempunyai pengalaman yang berjaya dalam hal demikian.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China