Cari:
Sheng Guangzu Lawat Malaysia dan Singapura
2016-05-28 15:08:41 CRI Cetak

Delegasi Bersama Perusahaan China yang diketuai Pengurus Besar Kumpulan Kereta Api China, Sheng Guangzu telah melawat Malaysia dan Singapura pada 23 hingga 26 Mei lalu. Lawatan beliau untuk melaksanakan persepakatan yang dicapai antara pemimpin ketiga-tiga negara supaya meningkatkan kerjasama kereta api.

Dalam tempoh lawatannya di Malaysia, delegasi tersebut telah ditemui Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan beberapa pemimpin dan pegawai.

Sheng Guangzu menyatakan bahawa pembinaan kereta api laju Kuala Lumpur-Singapura merupakan keputusan tepat bersama kerajaan Malaysia dan Singapura. Projek ini amat bermakna bagi menyempurnakan infrastruktur pengangkutan kedua-dua negara itu, memudahkan perjalanan rakyat setempat, mengurangkan kos logistik, mendorong perkembangan pelancongan, perdagangan, hartanah dan perkilangan kelengkapan berteknologi tinggi antara kedua-dua negara itu. Selain itu, projek itu juga dapat meningkatkan kesalinghubungan Malaysia-Singapura sehingga memperhebat pengaruh kedua-dua negara di rantau Asia Tenggara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China