Cari:
Aung San Suu Kyi: UPDJC akan Disusun Semula
2016-05-28 15:38:52 CRI Cetak

Penasihat Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi semalam dalam mesyuarat Suruhanjaya Bersama Dialog Damai Persekutuan (UPDJC) mengumumkan bahawa suruhanjaya itu akan disusun semula. Ini juga kali pertama beliau menyampaikan ucapan sebagai pengerusi suruhanjaya itu.

Menurut agenda, UPDJC akan membincangkan isu penyusunan semula suruhanjaya berkenaan di Nay Pyi Taw pada 27 hingga 28 Mei. Kumpulan pemimpin telah mengesahkan Aung San Suu Kyi sebagai pengerusi, manakala Kyaw Tint Swe, Padoh Saw Kwel Htoo Win, dan Thu Wai sebagai naib pengerusi, U Hla Maung Shwe sebagai Ketua Setiausaha.

Bekas kerajaan Myanmar mencapai perjanjian gencatan senjata dengan 8 kumpulan militan entik minoriti pada 15 Oktober lalu. UPDJC turut dibentuk oleh kerajaan, kumpulan militan etnik minoriti dan pelbagai parti.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China