Cari:
Mingguan Malaysia
Kekal Akhbar Nombor 1 di Malaysia
2016-05-29 15:25:57 CRI Cetak

Mingguan Malaysia kekal mengatasi akhbar bahasa Melayu yang lain di Malaysia apabila mencatatkan jumlah edaran paling tinggi iaitu sebanyak 336,233 naskhah sepanjang Julai hingga Disember tahun lalu.

Perangkaan terkini diaudit oleh Biro Audit Pengedaran (ABC) Malaysia.

Dalam pada itu, ABC merekodkan dalam tempoh enam bulan itu, Kosmo! mengatasi akhbar-akhbar harian bahasa Melayu yang lain dari segi jumlah edaran.

Sementara itu, bagi akhbar harian berbahasa Inggeris, The Star mencatatkan jumlah eda­ran ter­tinggi sebanyak 248,413 naskhah diikuti Sunday Star (246,652 naskhah).

Secara keseluruhan, akhbar bahasa Melayu mencatatkan jumlah edaran 1,487,411 naskhah setiap keluaran berbanding sebanyak 649,166 naskhah bagi akhbar bahasa Inggeris dan 636,513 naskhah untuk akhbar bahasa Cina.

---Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China