Cari:
E-visa: Pelancong China ke Malaysia Meningkat
2016-05-30 13:12:39 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Moha­med Nazri Abdul Aziz baru-baru ini berkata, langkah kerajaan memperkenalkan sistem e-visa bermula pada bulan Mac lalu telah berjaya meningkatkan jumlah kemasukan pelancong China ke Malaysia.

Pada bulan Januari hingga April lalu, jumlah pelancong China ke Malaysia mencecah 647,344 orang berbanding 350,575 dalam tempoh yang sama tahun lalu, dengan peningkatan hampir sekali ganda.

Menurut beliau, pelaksanaan e-visa dan Sistem Maklumat dan Pendaftaran Elektronik (ENTRI) berjaya menarik lebih ramai pelancong China melawat ke Malaysia.

Beliau yakin, dengan adanya kemudahaan tersebut, matlamat Malaysia untuk menarik 4 juta pelancong China pada tahun ini akan tercapai.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China