Cari:
Bakal Menteri Luar Filipina Cadangkan Rundingan
2016-06-01 11:42:55 CRI Cetak

Filipina harus mengadakan rundingan dua hala dengan China bagi menyelesaikan pertikaian berhubung dengan isu Laut China Selatan.

Demikian dinyatakan oleh Perfecto Yasay Jr, yang bakal menyandang jawatan Menteri Luar Filipina, kepada pemberita baru-baru ini.

Tegas beliau, rundingan adalah satu-satunya jalan penyelesaian kepada pertikaian Laut China Selatan antara kedua-dua negara.

Pihaknya akan mengadakan siri mesyuarat dengan pegawai Kementerian Luar Filipina sebelum 9 Jun ini bagi membincangkan dasar-dasar utama dalam hal tersebut.

Dasar berkenaan akan dikemukakan kepada Presiden baharu Filipina, Rodrigo Duterte.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China