Cari:
MCA Komited Halang Undang-undang Syariah
2016-06-02 11:13:26 CRI Cetak

Persatuan Cina Malaysia (MCA) akan mengumpulkan segala kekuatan bagi menghalang pindaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 2016 diluluskan oleh Parlimen.

Demkian dinyatakan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika berucap dalam majlis perasmian Festival Kesenian di Kuala Lumpur semalam.

Menurut beliau, MCA berpegang teguh pada pendirian untuk terus memelihara kepelbagaian agama dan budaya serta pendidikan pelbagai budaya.

Baru-baru ini, Presiden Parti Islam Se-malaysia (PAS), Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan rang undang-undang persendirian, iaitu pindaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 2016 di Dewan Rakyat supaya perundangan Syariah dapat dilaksanakan di seluruh negara.

Tindakan tersebut mendapat bantahan keras daripada tokoh-tokoh pelbagai lapisan masyarakat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China