Cari:
China Alu-alukan Filipina ke Landasan Rundingan
2016-06-02 15:57:44 Agensi Berita Xinhua China Cetak

China mengalu-alukan Filipina membawa kembali isu Laut China Selatan ke landasan rundingan dan dialog.

Demikian dinyatakan Menteri Luar China, Wang Yi dalam sidang media selepas pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Kanada, Stphane Dion semalam.

Bakal Presiden Filipina, Rodrigo Duterte baru-baru ini berkata, Filipina akan mengamalkan dasar luar yang bebas dalam menentukan hala tuju perkembangan hubungan dengan China.

Di samping itu, bakal Menteri Luar Filipina, Perfecto Yasay juga menyatakan kesediaan untuk memulihkan dialog dengan China.

Ketika menyentuh hal tersebut, Wang Yi berkata, pintu rundingan dan dialog antara kedua-dua negara masih terbuka luas.

Penyelesaian pertikaian melalui rundingan dan dialog terus dapat membantu mengatasi kebuntuan dalam hubungan China dan Filipina, serta menyumbang demi kedamaian dan kestabilan Laut China Selatan.

China menyambut baik pilihan bijak yang diambil oleh kerajaan baharu Filipina itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China