Cari:
Suara China Lantang dalam Dialog Shangri-La
2016-06-06 13:44:22 CRI Cetak

Dialog Shangri-La ke-15 berakhir di Singapura semalam, dengan tercapainya kesepakatan antara rantau Asia Pasifik untuk mengatasi ancaman ancaman yang dibawa oleh keganasan dan masalah keselamatan siber di samping memperkasakan kerjasama demi manfaat bersama.

Pendirian China mengenai kaedah meningkatkan kerjasama serantau dalam bidang keselamatan yang diudarakan oleh Naib Ketua Turus Jabatan Turus Bersama Suruhanjaya Tentera Pusat China, Sun Jianguo telah mendapat sambutan yang baik daripada ramai peserta. Sun menyeru negara-negara supaya menghayati semangat zaman yang mengutamakan perdamaian dan pembangunan, menyokong amalan tadbir urus yang selamat mengikut landasan dan arah yang betul; menggalakkan dialog di antara tamadun yang berlainan, menyediakan asas yang kukuh bagi tadbir urus; memupuk rasa saling memahami dengan melancarkan dialog dan perbincangan, memperbaharu konsep tadbir urus; serta membina kerangka keselamatan yang menonjolkan ciri-ciri rantau dan menyempurnakan mekanisme tadbir urus.

Li Mingjiang, profesor madya dari Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS) Universiti Teknologi Nanyang (NTU) Singapura menyifatkan ucapan Sun tersebut sebagai memperlihatkan secara menyeluruh dasar China berhubung keselamatan, terutamanya di Asia Pasifik. Pendirian Beijing itu akan membantu negara-negara lain memadamkan kecurigaan dan kebimbangan terhadap pembangunan China.

Profesor madya dari Universiti Quaid-I-Azam Pakistan, Zafar Nawaz memuji sikap China dalam menyelesaikan pertikaian menerusi rundingan bilateral secara damai. Beliau menganggap, kawasan Asia Pasifik seperti sebuah keluarga besar ketika membangun bersama.

Bekas Menteri Luar Pakistan, Riaz Hussain Khokhar menyifatkan saranan Sun Jianguo tersebut sebagai amat bersifat membina. Masalah serantau harus diselesaikan menerusi dialog antara negara-negara di rantau berkenaan. Jika ada campur tangan kuasa asing dalam urusan di rantau tersebut, pastilah tercetus pertikaian.

Dr Oh Ei Sun, felo kanan dari Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS) Universiti Teknologi Nanyang (NTU) Singapura mempunyai pandangan yang sama dengan bekas Menteri Luar Pakistan, Riaz. Beliau berpendapat, China boleh lebih banyak tampil di persada dunia untuk memperkenalkan konsep-konsep kuasa besar ini, seperti pembangunan damai. Kemakmuran dan perkembangan serantau adalah prasyarat untuk mewujudkan kedamaian dan kestabilan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China