Cari:
China Harap Malaysia Hati-hati Ambil Langkah Pemulihan Perdagangan
2016-06-06 15:27:45 CRI Cetak

China berharap agar Malaysia mengambil kira kepentingan semua pihak serta berhati-hati dan bersabar ketika melaksanakan langkah pemulihan perdagangan.

Demikian dinyatakan pegawai Bahagian Bantuan Perdagangan Kementerian Perdagangan China mengenai siasatan dan kawalan besi dan keluli yang dilaksanakan oleh Malaysia baru-baru ini.

Pada 31 Mei lalu, Malaysia memaklumkan kepada Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) telah melancarkan dua siasatan terhadap produk besi dan keluli yang diimport dari China.

Pegawai tersebut menyatakan bahawa kerajaan China menyokong syarikat besi dan keluli China memelihara komunikasi dan kerjasama dengan pihak Malaysia bagi mencari jalan penyelesaian. Selain itu, China juga berharap agar Malaysia menjalankan siasatan yang adil, saksama dan telus berdasarkan peraturan WTO serta melindungi hak syarikat China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China