Cari:
BOCHK Selesaikan Pengambilalihan Aset BOC di ASEAN Menjelang Hujung Tahun
2016-06-07 11:44:37 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Bank China Hong Kong Berhad (BOCHK) merancang untuk mengambil alih aset bank induknya, Bank China (BOC) di rantau ASEAN. Pengambilalihan aset ASEAN BOC dijadualkan akan selesai menjelang penghujung tahun ini.

Naib Presiden Lembaga Pengarah merangkap Presiden BOCHK, Que Yi berkata demikian dalam mesyuarat agung tahunan pemegang saham BOCHK 2016 yang diadakan pada 6 Jun lalu.

Menurut Que Yi, pengambilalihan aset BOC di rantau ASEAN merupakan langkah penting bagi BOCHK untuk membangun sebagai bank serantau. Pengambilalihan kali ini diharap dapat memperhebat dan memperluas keupayaan dan lingkungan urus niaga BOCHK serta merebut peluang daripada inisiatif "Jalur & Laluan" untuk mengembangkan urus niaga berkenaan. Pengambilalihan kali ini dilaporkan melibatkan enam negara, iaitu Thailand, Indonesia, Malaysia, Filipina, Vietnam dan Kemboja.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China