Cari:
Malaysia Bakal Tubuhkan Jawatankuasa Khusus Persekitaran Sihat
2016-06-07 16:38:14 CRI Cetak

Satu jawatankuasa khusus bagi mewujudkan persekitaran sihat ditubuhkan untuk menangani trend peningkatan penyakit tidak berjangkit yang semakin membimbangkan.

Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, jawa­tan­kuasa itu akan di­pengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang dijadual mengadakan mesyuarat pertamanya pada 21 Jun ini.

Antara perkara utama yang menjadi tumpuan jawatankuasa itu termasuklah pendidikan di peringkat asas. Kementerian Pendidikan diminta mendidik setiap operator kantin sekolah tentang se­narai makanan bernutrisi.

Menurut beliau, berdasarkan laporan Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan (NHMS), kira-kira 3.5 juta penduduk menghidap diabetes dan 1.8 juta daripadanya tidak mengetahui mereka menghidap penyakit tersebut, sementara bagi hipertensi pula, seramai 6.1 juta penduduk atau satu daripada tiga orang kini adalah penghidap dengan kira-kira 3.5 juta daripada jumlah tersebut masih tidak tahu yang mereka adalah penghidap hipertensi.

Selain itu, masalah paras kolesterol tinggi amat membimbangkan kerana setiap tahun berlaku peningkatan dan tahun ini dianggarkan 9.6 juta penduduk merupakan pesakit, manakala seramai 7.8 juta penduduk atau empat daripada lima orang tidak tahu mereka sebenarnya adalah penghidap masalah tersebut.

Mengenai masalah obesiti pula, seramai 3.3 juta penduduk dewasa menghidap masalah itu dan satu daripada tiga penduduk Malaysia pula mempu­nyai berat badan berlebihan.

(sumber dari Utusan Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China