Cari:
Hutang Malaysia Cecah 54.4 Peratus daripada KDNK
2016-06-08 15:55:13 CRI Cetak

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah mendedahkan bahawa sehingga akhir 2015, hutang Kerajaan Persekutuan yang merangkumi hutang domestik dan hutang luar pesisir mencatat RM630.5 bilion atau 54.5 peratus daripada KDNK. Daripada jumlah ini, 97 peratus adalah hutang domestik manakala bakinya adalah hutang luar pesisir. Oleh itu, pendedahan terhadap risiko pertukaran mata wang asing adalah rendah.

Menurut laporan, Oxford Ekonomi telah memberikan amaran kepada kerajaan Malaysia sebagai penjamin hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang Malaysia bakal menghadapi risiko penurunan penarafan kredit. Hutang 1MDB akan menjadikan hutang Malaysia meningkat RM7.5 bilion.

Menurut garis bahaya hutang negara yang diiktiraf antarabangsa, sekiranya hutang sesebuah negara melebihi 60 peratus daripada KDNK, perkara tersebut akan mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pelabur.

     

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China