Cari:
Filipina, Pencipta Pertikaian Wilayah Maritim di Laut China Selatan
2016-06-09 13:07:49 CRI Cetak

Bekas Setiausaha Agung Pusat Hal Ehwal Maritim di Kementerian Luar Filipina, Alberto Encomienda ketika diwawancara oleh Agensi Berita Xinhua China baru-baru ini menyatakan bahawa yang memuncakkan ketegangan di Laut China Selatan adalah pihak Filipina, bukanlah China yang sentiasa dituduh oleh media Barat sejak sekian lama.

Dari tahun 1995 hingga 2012, perundingan antara Filipina dengan China mencatat lebih kurang 50 kali, tetapi akhirnya kedua-dua negara gagal menemukan jalan keluar dalam penyelesaian pertikaian wilayah, dan Filipina terpaksa mengemukakan kes timbang tara. Alberto berkata, Kementerian Luar Filpina telah bercakap dusta kepada dunia luar apabila menafikan percubaan China untuk menjayakan perundingan kedua-dua pihak. Menurut beliau, hakikat sebenar adalah Manila menolak dan tidak memberi sebarang respons terhadap usaha Beijing untuk menyelesaikan pertikaian berkenaan.

Dikatakan, menjelang Sidang Kemuncak Tidak Rasmi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) ke-13 di Busan, Korea Selatan, pada 2005, kerajaan China telah menghantar satu perwakilan ke Filipina untuk mengundang anggota-anggota Kongres negara itu berkunjung ke Beijing demi perundingan. Namun, Filipina menunjukkan sikap tidak peduli. Selepas berakhirnya sidang tersebut, Beijing sekali lagi menunjukkan keikhlasan untuk menyambung semula perundingan, tetapi, Manila enggan menjawab sepatah pun.

Ketika memperkatakan tentang pendirian tegas kuasa-kuasa Barat bagi membantah kegiatan Beijing menebus guna tanah yang menimbulkan provokasi di Laut China Selatan, Alberto menjelaskan bahawa yang pertama melakukan projek penebusgunaan tanah di perairan berkenaan adalah Filipina, dengan tujuan membangunkan sebuah lapangan terbang di Pulau Zhongye. Oleh hal yang demikian, Manila tidak mempunyai alasan untuk menuding jari menyalahkan China berhubung pemusnahan alam ekologi di Laut China Selatan.

Mengenai situasi yang kian memuncak di Laut China Selatan, Alberto menganggap, kerajaan Filipina yang menjadi boneka Amerika Syarikat (AS) tidak mempunyai dasar luar yang merdeka, dan sentiasa mengikuti arahan kuasa besar itu untuk mengeksploitasi isu pertikaian wilayah berkenaan bagi memburukkan imej China di mata dunia dan menyembunyikan perbuatan menceroboh wilayah China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China