Cari:
China Gesa Filipina Hentikan Proses Timbang Tara
2016-06-09 11:40:43 CRI Cetak

Kementerian Luar China mengeluarkan kenyataan yang menyatakan China kekal menyelesaikan pertikaian isu Laut China Selatan dengan Filipina melalui rundingan dua hala semalam. Pada hari yang sama, jurucakap Kementerian Luar, Hong Lei sekali lagi menggesa Filipina segera menghentikan tindakan yang menggalakkan proses timbang tara.

Hong Lei menyatakan bahawa tindakan Filipina yang membawa isu Laut China Selatan ke mahkamah timbang tara secara sepihak jelas melanggar persepakatan kedua-dua negara dan telah mencabuli Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak berkepentingan di Laut China Selatan (DOC) serta menyalahgunakan Kovensyen PBB mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS).

Pada tahun 2013, tindakan Filipina yang membawa isu Laut China Selatan ke mahkamah timbang tara secara sepihak telah menutup jalan penyelesaian isu tersebut secara rundingan dengan China, mengakibatkan hubungan kedua-dua negara memburuk.

Hong Lei menyatakan bahawa China sentiasa bersedia dan akan terus berusaha agar pertikaian isu Laut China Selatan dengan Filipina diselesaikan melalui rundingan dua hala berdasarkan undang-undang antarabangsa dan menghormati fakta sejarah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China