Cari:
Presiden Baharu Filipina Digesa Berunding dengan China
2016-06-09 12:43:51 CRI Cetak

Tokoh-tokoh Filipina menggesa Presiden baharu, Rodrigo Duterte mengadakan dialog dua hala dengan China secepat mungkin untuk menyelesaikan pertikaian isu Laut China Selatan melalui rundingan.

Mantan Ketua Setiausaha Pusat Maritim Kementerian Luar Filipina, Alberto Encomienda menyatakan bahawa kerajaan baharu Filipina tidak sepatutnya menunggu keputusan mahkamah timbang tara, malah boleh mempertimbangkan untuk menarik balik dakwaan berkenaan. Menurut beliau, menarik balik kes timbang tara itu sejajar dengan kepentingan Filipina, dan perkara tersebut bukanlah perkara yang menjatuhkan air muka.

Mantan Naib Menteri Pendidikan Filipina, Valdez menyatakan bahawa walaupun mahkamah mungkin membuat keputusan yang memihak kepada Filipina, namun Filipina tetap tidak memperoleh sebarang keuntungan daripada keputusan tersebut. Keputusan itu hanya akan mengakibatkan situasi Laut China Selatan menjadi lebih tegang.

Profesor Aileen Baviera dari Universiti Filipina pula berkata, dialog dua hala merupakan laluan bagi Filipina dan China untuk membina semula kepercayaan antara satu sama lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China