Cari:
Pakar Asing, Penyokong Beijing Berhubung Isu Laut China Selatan
2016-06-10 13:36:52 CRI Cetak

Kementerian Luar China dalam satu kenyataan Rabu lalu menegaskan komitmen Beijing untuk mengurus dan menyelesaikan pertikaian wilayah maritim di Laut China Selatan dengan Manila menerusi dialog dan perundingan. Keazaman kerajaan China ini turut mendapat sahutan daripada pakar dan sarjana negara asing, yang mengatakan bahawa tindakan Filipina mengemukakan secara sepihak kes timbang tara antarabangsa berhubung wilayah bertelingkah di Laut China Selatan sebagai tidak bermanfaat sama sekali bagi menyelesaikan pertikaian berkenaan, sebaliknya, perundingan adalah hala tuju yang betul, sepertimana yang dikehendaki pihak China.

Pakar isu antarabangsa dari Pakistan, Sayeed Chowdhury menyatakan, di bawah Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS), Tribunal Antarabangsa tidak berhak untuk menghakimi atau membuat keputusan tentang tuntutan Filipina. Disebabkan Manila mencerobohi sebahagian pulau dan terumbu di Kepulauan Nansha, maka Tribunal itu sepatutnya menolak kes timbang tara berkenaan. Dengan demikian, Beijing benar-benar mempunyai hak dan alasan untuk memulaukan prosiding tersebut dan menolak kuasa Tribunal tersebut dalam kes berkenaan.

Pakar Kemboja, Joseph Matthews dan pakar undang-undang antarabangsa dari Univeriti Bonn Jerman, Stefan Talmon sebulat suara berpendapat, Tribunal berkenaan tidak berkuasa untuk memberikan keputusan tentang isu pertikaian wilayah.

Menurut Joseph, Filipina menandatangani Deklarasi Tatalaku (DOC) pihak-pihak Berkepentingan di Laut China Selatan pada 2002. Perbuatan negara itu mengemukakan secara sepihak kes timbang tara berkenaan membelakangi terma keempat perjanjian tersebut, iaitu semua pertelingkahan harus diselesaikan menerusi dialog dan perundingan. Manakala, Sayeed menganggap, tindakan Manila menolak pendekatan diplomasi, menutup pintu rundingan dengan China dan mengetepikan beberapa kenyataan bersama antara kerajaan memperlihatkan "udang di balik batu", iaitu cubaan sebenar negara itu dan kuasa sekutu di sisi belakangnya untuk menjejaskan kedamaian dan kestabilan di rantau ini. Stefan bimbang bahawa keputusan tribunal berkenaan bakal membawa impak negatif ke atas penyelesaian pertikaian. Kesemua pakar tersebut ketika diwawancara oleh Agensi Berita Xinhua China mengudarakan pandangan yang sama, iaitu kes timbang tara yang difailkan pihak Filipina di Tribunal Antarabangsa pasti memanjangkan lagi pertelingkahan dan merumitkan situasi yang tegang ini. Mereka berharap Manila dapat berhenti daripada meneruskan usaha mencabar kesahihan tuntutan China ke atas seluruh kawasan Laut China Selatan dan kembali ke meja rundingan bagi mengelakkan hubungan dua hala daripada berkembang semakin keruh.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China