Cari:
SOM ke-12 Pelaksanaan DOC di Vietnam
2016-06-10 14:07:21 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan (SOM) ke-12 bagi pelaksanaan Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak berkaitan dengan Laut China Selatan (DoC) anjuran China dan negara anggota ASEAN telah diadakan di Vietnam pada 9 Jun lalu.

SOM kali ini dipengerusikan bersama-sama oleh Naib Menteri Luar China, Liu Zhenmin dan Setiausaha Tetap Kementerian Luar Singapura, Chee Wee Kiong.

Para peserta menyampaikan keprihatinan masing-masing mengenai penyelesaian isu Laut China Selatan, selain bertukar-tukar pendapat berhubung dengan kaedah pelaksanaan DoC secara berkesan, meningkatkan kerjasama maritim yang pragmatik serta mengadakan rundingan tentang Kod Tatalaku di Laut China Selatan (CoC).

Pelbagai pihak yang terlibat sebulat suara bersetuju untuk mempercepat usaha mengeluarkan "kenyataan bersama pelaksanaan DoC secara komprehensif" oleh menteri-menteri luar China dan negara anggota ASEAN bagi mencapai persepakatan dengan secepat mungkin.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China