Cari:
Indonesia Galak Guna RMB dalam Urusan Perdagangan
2016-06-09 16:32:09 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Penggunaan renminbi (RMB) sebagai mata wang perniagaan, khususnya dalam urusan perdagangan dengan China, dapat mengurangkan kebergantungan terhadap dolar Amerika Syarikat (AS), lebih-lebih ketika perdagangan China dengan Indonesia semakin meningkat.

Demikian dinyatakan oleh seorang pegawai kanan dari Jabatan Kawalselia Kewangan Bank Pusat Indonesia baru-baru ini.

Pegawai tersebut berkata, penggunaan RMB untuk urus niaga merupakan inisiatif strategik jangka masa panjang. Untuk memenuhi permintaan bank domestik Indonesia terhadap perdagangan dan pelaburan dalam RMB, Bank Pusat Indonesia dan pihak China telah memeterai perjanjian untuk menambah kuota agregat pertukaran mata wang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China