Cari:
Pegawai Indonesia Gesa Isu Laut China Diselesaikan melalui Saluran Diplomatik
2016-06-11 15:46:46 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Kerajaan Indonesia menggesa negara-negara yang terlibat dalam pertikaian Laut China Selatan menyelesaikan perselisihan melalui saluran diplomatik dan rundingan damai demi keselamatan dan kestabilan rantau ini.

Demikian dinyatakan oleh seorang pegawai dari Kementerian Luar Indonesia ketika diwawancara oleh media di Jakarta pada 9 Jun lalu.

Pegawai itu berkata, negaranya menggalakkan negara-negara yang terlibat dalam isu Laut China Selatan dapat melaksanakan Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkaitan dengan Laut China Selatan (DoC) dengan sepenuhnya dan secara berkesan demi mewujudkan penggubalan Kod Tatalaku di Laut China Selatan (COC). Indonesia berpendapat pencapaian COC adalah tugasan yang paling penting pada ketika ini.

Beliau menambah, memandangkan situasi semasa, pelbagai pihak patut bersikap toleransi dan sabar, jangan melakukan tindakan provokasi secara langsung atau tidak langsung di kawasan perairan Laut China Selatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China