Cari:
Wang Yi: China, ASEAN Jadi Sahabat Selama-lamanya
2016-06-14 11:06:37 Agensi Berita Xinhua China Cetak
China dan pelbagai negara anggota ASEAN mempunyai hubungan kejiranan yang baik, maka, China dan ASEAN patut menjadi sabahat dan rakan untuk selama-lamanya. Hal ini merupakan satu-satunya pilihan betul bagi kedua-dua pihak.

Menteri Luar China, Wang Yi menyatakan demikian ketika menyampaikan ucapan menyambut dalam majlis jamuan kepada para menteri luar yang menghadiri Mesyuarat Khas Menteri Luar China-ASEAN yang diadakan di Yuxi, Yunnan, China pada malam semalam.

Wang Yi berkata, hubungan bilateral China dan ASEAN telah mencapai hasil yang memuaskan sejak hubungan dialog kedua-dua pihak dijalinkan pada 25 tahun yang lalu. Kerjasama dua hala dalam pelbagai aspek telah dirancakkan berikutan perkembangan perkongsian strategik komprehensif China dan ASEAN.

Beliau menambah, China komited untuk menyumbang kepada usaha pembentukan komuniti berkongsi nasib bersama China-ASEAN yang lebih erat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China