Cari:
Wang Yi Ditemui Naib Perdana Menteri Vietnam
2016-06-14 16:02:13 CRI Cetak
Menteri Luar China, Wang Yi ditemui Naib Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Vietnam, Pham Binh Minh yang menghadiri Mesyuarat Khas Menteri Luar China-ASEAN yang diadakan di Yuxi, Yunnan, China pada malam 13 Jun lalu.

Dalam pertemuan dengan Pham Binh Minh, Wang Yi berkata, China bersedia bekerjasama dengan Vietnam untuk mempercepat penyambungan industri dalam pelaksnaaan strategi perkembangan, bersama-sama menggiatkan usaha pembinaan inisiatif "Jalur & Laluan" (B&R) serta "dua koridor dan satu lingkaran" (iaitu Lingkaran Ekonomi Teluk Beibu), agar mencapai hasil awal dalam kerjasama kapasiti pengeluaran antara kedua-dua negara.

Pham Binh Minh berkata, Vietnam bersedia mengekalkan pertukaran peringkat tinggi dengan China demi penyambungan industri dalam rancangan "dua koridor dan satu lingkaran" serta inisiatif B&R. Selain itu, perselisihan di kawasan perairan Laut China Selatan juga boleh diselesaikan dengan sewajarnya berdasarkan konsensus yang telah dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China