Cari:
Misi Galakan Pelancongan ke China Untuk Promosi Pelancongan Johor
2016-06-16 14:35:55 CRI Cetak

Kerajaan Johor menerusi Tourism Johor akan mengadakan misi galakan pelancongan ke provinsi Guangdong, Heilongjiang dan Shandong di China sebagai usaha mengetengahkan produk dan perkhidmatan pelancongan Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Johor, Datuk Tee Siew Kiong berkata, misi menerusi program 'Xplore Johor' yang diketuai beliau dengan delegasi seramai 12 orang akan bermula daripada 23 hingga 30 Jun ini.

Dikataka, misi khusus program ini adalah mempromosikan pelancongan Johor di bandar-bandar peringkat kedua di Shandong dan Heilongjiang yang mempunyai populasi seramai 140 juta hingga 160 juta orang.

(sumber Bernama Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China