Cari:
Malaysia, Indonesia, Filipina Bincang Inisiatif Tangani Penculikan
2016-06-17 16:32:07 CRI Cetak

Malaysia akan mengadakan perbincangan dengan Indonesia dan Filipina hujung minggu ini bagi mencari inisiatif terbaik untuk mengekang pelbagai ancaman termasuk penculikan yang berlaku di Selat Sulu.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perbincangan yang dijadual berlangsung di Manila, Filipina Ahad ini antara lain akan mengambil contoh kejayaan Pelaksanaan Kawalan Selat Melaka (MSP).

"Menteri Pertahanan ketiga-tiga negara sudah berjumpa di Laos dua minggu lalu dan Ahad ini saya akan ke Manila, (untuk) melihat kalau boleh MSP kita buat di Selat Sulu," katanya.

Hishammuddin yang juga Naib Presiden UMNO bercakap kepada pemberita selepas majlis pemimpin bersama rakyat dan gotong-royong membaiki rumah seorang ibu tunggal di Kampung Bendang Kering di sini pada Khamis.

Beliau diminta mengulas kes empat rakyat Malaysia yang didakwa diculik di luar pantai Sabah dan dibawa ke Sulu, pagi tadi.

Menjelas lanjut, Hishammuddin berkata inisiatif yang dilakukannya adalah dalam konteks pertahanan, manakala bagi konteks keselamatan ia bergantung kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

(sumber Bernama Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China