Cari:
China Bantah Kapal Tentera Indonesia Salah Guna Tindakan Ketenteraan
2016-06-20 11:37:16 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Sebuah kapal nelayan China rosak manakala seorang anak kapal cedera akibat diserang dan ditembak oleh beberapa kapal tentera laut Indonesia ketika menangkap ikan di kawasan tradisi penangkapan ikan di barat daya China pada 17 Jun lalu.

Sebuah lagi kapal nelayan China yang membawa tujuh anak kapal telah ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia.

Selepas kejadian tersebut, China mengemukakan bantahan keras terhadap Indonesia melalui saluran diplomatik, di samping mengerahkan kapal pengawal pantai ke kawasan perairan berkenaan untuk melindungi dan menyelamatkan nelayan China tersebut.

Demikian dinyatakan oleh Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam sidang media di Beijing semalam.

Hua menegaskan, tindakan kapal tentera Indonesia yang menyalahgunakan tindakan ketenteraan bukan sahaja mengancam keselamatan nyawa dan harta benda nelayan China, malah mencabuli undang-undang antarabangsa, termasuk Konvensyen PBB mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS) dan Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkaitan dengan Laut China Selatan (DoC).

Indonesia digesa agar tidak mengambil tindakan yang merumitkan dan memuncakkan pertelagahan, sebaliknya mengambil tindakan yang membina bagi penyelesaian isu kawasan perikanan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China