Cari:
Thailand: Baju Merah Dilarang Tubuh Pusat Pemantauan Pungutan Suara
2016-06-20 14:36:59 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Pihak polis Thailand menghalang dan melarang Kumpulan Baju Merah yang merancang untuk menubuhkan cawangan Pusat Pemantauan Pungutan Suara di beberapa tempat di seluruh negara semalam.

Baju Merah turut dilarang menjalankan sebarang aktiviti politik.

Pada awal bulan ini, Kumpulan Baju Merah mengumumkan penubuhan Pusat Pemantauan Pungutan Suara untuk mencegah wujudnya penipuan dan penyalahgunaan kuasa dalam sistem pungutan suara.

Sebelum ini, kerajaan Thailand telah berkali-kali menyatakan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya yang bertanggungjawab terhadap urusan pungutan suara perlembagaan baharu berfungsi sebagai pemantau dan penyelia dalam pungutan suara tersebut.

Penubuhan Pusat Pemantauan Pungutan Suara oleh Kumpulan Baju Merah adalah tidak sah.

Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand telah menetapkan bahawa pungutan suara rakyat terhadap draf perlembagaan baharu dijadualkan berlangsung pada 7 Ogos depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China