Cari:
Negara-Negara di Luar Rantau Mahu Sekat China dengan Isu Laut China Selatan
2016-06-21 16:32:21 CRI Cetak

Pengerusi Persatuan Wartawan Thailand, Wangchai Wongmeechai ketika diwawancara oleh wartawan Radio Antarabangsa China (CRI) menyatakan bahawa negara-negara di luar rantau ini berniat untuk menyekat China dengan isu Laut China Selatan.

Menurut beliau, Amerika Syarikat (AS) bukan negara yang terlibat secara langsung dengan isu Laut China Selatan, negara itu tidak patut campur tangan dalam isu tersebut.

AS memberikan sokongan kepada negara-negara yang mempunyai pertikaian dengan China dalam isu Laut China Selatan kerana mahu meluaskan pengaruhnya di rantau ini, di samping menyekat China.

Tambah beliau lagi, sama ada isu Laut China Selatan mahupun hubungan China-Jepun, perlu diselesaikan oleh pihak-pihak yang terlibat secara langsung melalui rundingan damai dua hala demi keseimbangan kepentingan dan manfaat rakyat di rantau ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China