Cari:
Abu Sayyaf Penggal Kepala Tebusan Kanada
2016-06-22 14:30:43 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Polis Filipina semalam mengesahkan kepala manusia yang ditemui di wilayah Sulu, selatan Filipina baru-baru ini adalah milik warga Kanada, Robert Hall, tebusan kedua yang dipenggal kepala oleh kumpulan militan, Abu Sayyaf pada tahun ini.

Polis Filipina semalam mendedahkan bahawa kepala Robert Hall telah dihantar ke Kedutaan Besar Kanada ke Filipina, namun tubuh badan mayat masih belum dijumpai sehingga kini.

Pada hari yang sama, bakal Presiden Filipina, Rodrigo Duterte berkata, penyelesaian isu Abu Sayyaf memerlukan masa.

Selepas mengangkat sumpah, beliau akan mengadakan rundingan damai dengan kumpulan bersenjata antikerajaan, Moro untuk memastikan kumpulan tersebut tidak menyalurkan sebarang bantuan kepada kumpulan keganasan Abu Sayyaf.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China