Cari:
China Sanjung Tinggi Kenyataan Hun Sen
2016-06-22 14:30:56 CRI Cetak

China menyanjung tinggi kenyataan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen mengenai isu Laut China Selatan kelmarin.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam sidang akhbar di Beijing semalam.

Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen ketika menghadiri satu majlis konvokesyen di Phnom Penh kelmarin menyatakan bahawa keputusan kes timbang tara berhubung dengan isu Laut China Selatan yang bakal diumumkan "bermotifkan politik". Oleh itu, pihaknya tidak akan menyokong keputusan tersebut.

Beliau turut menggesa pihak-pihak yang terlibat secara langsung dalam pertikaian berkenaan agar menyelesaikan masalah tersebut melalui rundingan dua hala.

Hua menegaskan bahawa dalam isu kedaulatan wilayah dan kepentingan maritim, China tidak akan menerima sebarang cadangan yang memaksa China dan tidak akan menerima kaedah penyelesaian yang difailkan secara sepihak kepada pihak ketiga.

China berpegang teguh pada fakta sejarah dan komited untuk menyelesaikan pertikaian dengan negara-negara terlibat melalui rundingan damai dan undang-undang antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China