Cari:
Duta China Lawat Kampung Persahabatan China-Indonesia
2016-06-27 13:57:01 CRI Cetak

Duta Besar China ke Indonesia, Xie Feng mengadakan lawatan ke Kampung Persahabatan China-Indonesia di Aceh semalam.

Dalam lawatan itu, Xie telah meninjau beberapa kemudahan awam tempatan yang dibina dengan sumbangan China, antaranya termasuklah jalan raya, sekolah dan perpustakaan.

Duta Besar China itu juga menyampaikan sumbangan barang-barang keperluan untuk kegunaan bulan Ramadan kepada penduduk kampung yang miskin.

Menurut beliau, kerajaan dan rakyat China akan sentiasa memberikan perhatian dan sokongan kepada pembangunan Kampung Persahabatan China-Indonesia di Aceh, di samping menggalakkan lebih banyak syarikat China melabur di sana.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China