Cari:
Thailand, Myanmar Berhasrat Perkasakan Kerjasama Ekonomi
2016-06-28 12:00:35 CRI Cetak

Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha ditemui Penasihat Negara merangkap Menteri Luar Myanmar, Aung San Suu Kyi yang dalam rangka lawatan rasmi ke Thailand baru-baru ini.

Dalam sidang media selepas pertemuan itu, Prayuth berkata, Thailand dan Myanmar merupakan rakan kongsi strategik yang sejati.

Lawatan Suu Kyi kali ini telah membuka lembaran baharu kepada hubungan dua hala.   

Kedua-dua pihak dalam pertemuan itu telah mencapai konsensus tentang beberapa isu dua hala antaranya termasuklah isu buruh dan pelarian.

Selain itu, kedua-dua pihak juga bersepakat untuk memperkasakan hubungan ekonomi dua hala.

Menurut Prayuth, kerajaan Thailand sentiasa mengalakkan syarikat swasta membuat pelaburan yang telus, bertanggungjawab dan konsisten di Myanmar.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China