Cari:
Campur Tangan Negara Lain Hanya Rumitkan Situasi Laut China Selatan
2016-06-28 14:49:12 CRI Cetak

Presiden Parti Funcinpec Kemboja, Norodom Ranariddh menghargai pendirian China untuk menyelesaikan isu Laut China Selatan secara aman, di samping berpendapat bahawa campur tangan negara tidak berkepentingan dalam isu tersebut hanya akan merumitkan lagi situasi.

Ranariddh dalam temu bual dengan wartawan baru-baru ini berkata, perjanjian yang dimeterai antara Amerika Syarikat (AS) dengan Sepanyol dalam rundingan kemerdekaan Filipina tidak meliputi pulau dan terumbu yang dituntut oleh Filipina pada ketika ini.

Garis sempadan Filipina juga tidak merangkumi pulau dan terumbu berkenaan.

Tegas beliau, pihaknya tidak menyokong tindakan Filipina mengemukakan kes timbang tara secara sepihak berhubung dengan isu Laut China Selatan.

Rundingan antara negara yang terlibat merupakan satu-satunya cara untuk menyelesaikan pertikaian tersebut.   

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China