Cari:
Kes Timbang Tara Isu Laut China Selatan Cabuli Undang-undang Antarabangsa
2016-06-28 17:10:38 CRI Cetak

Tindakan sesetengah negara yang menyokong timbang tara yang dikemukakan oleh Filipina secara sepihak dalam pertikaian Laut China Selatan telah menjejaskan kepentingan pihak-pihak terlibat serta mencabuli undang-undang antarabangsa.

Demikian dinyatakan mantan penasihat undang-undang Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Abraham Soufeel dalam seminar mengenai kes timbang tara isu Laut China Selatan yang diadakan di Hague, Belanda baru-baru ini.

Menurut beliau, berdasarkan Konvensyen PBB mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS), tribunal antarabangsa tidak mempunyai bidang kuasa untuk membuat keputusan dalam isu kedaulatan.

AS tidak pernah dan tidak akan sesekali membangkitkan isu seumpama itu untuk dihakimi oleh tribunal antarabangsa.

Tambah beliau lagi, AS perlu memainkan peranan yang konstruktif dengan menggesa Filipina kembali ke meja rundingan dalam usaha menyelesaikan pertikaian berhubung dengan isu Laut China Selatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China