Cari:
China Hargai Pendirian Adil Kemboja dalam Isu Laut China Selatan
2016-06-29 17:31:06 CRI Cetak

Presiden Parti Rakyat Kemboja (CPP) yang juga Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen semalam menyatakan bahawa pihaknya menentang tindakan ASEAN mengeluarkan kenyataan berhubung dengan kes timbang tara isu Laut China Selatan.

Beliau turut menggesa negara dari rantau lain agar menghentikan campur tangan dalam pertikaian tersebut.

Dalam perkembangan lain, jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei dalam sidang media hari ini berkata, China amat menghargai pendirian Hun Sen yang objektif dan adil dalam isu Laut China Selatan.

Kenyataan Kemboja itu sekali lagi menunjukkan percubaan sesetengah negara yang mengeksploitasi isu tersebut untuk merenggangkan hubungan China-ASEAN. Percubaan yang menjejaskan keamanan dan kestabilan serantau itu tidak akan dihiraukan, dan pasti akan gagal.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China