Cari:
Isu Laut China Selatan Hanya Dapat Diselesaikan melalui Rundingan Dua Hala
2016-07-01 17:37:17 CRI Cetak

Pertikaian antara China dengan Filipina berhubung isu Laut China Selatan hanya dapat diselesaikan melalui rundingan dua hala.

Demikian ditegaskan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei dalam sidang media di Beijing hari ini, sebagai ulasan terhadap kenyataan Presiden baharu Filipina Rodrigo Duterte yang mengharapkan "pendaratan licin" untuk pertikaian berkenaan.

Hong berkata bahawa pertikaian di Laut China Selatan merupakan isu antara dua negara berjiran. Kes timbang tara yang dibangkitkan oleh kerajaan Benigno Aquino III adalah tidak sah. Pertikaian tersebut hanya dapat diselesaikan melalui rundingan antara China dan Filipina berdasarkan fakta sejarah dan undang-undang antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China