Cari:
ASEAN Gembira Jika China, Filipina Pulih Rundingan
2016-07-01 14:56:20 CRI Cetak

Rundingan merupakan kaedah paling ideal bagi menyelesaikan pertikaian Laut China Selatan.

Demikian dinyatakan oleh penyelidik kanan dari Universiti Teknologi Nanyang (NTU) Singapura, Dr. Oh Ei Sun dalam satu temu bual baru-baru ini.

Dr. Oh, yang juga mantan setiausaha politik Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata negara-negara ASEAN akan berasa gembira jika China dan Filipina memulihkan rundingan langsung berhubung isu Laut China Selatan.

Hal ini akan membantu meredakan ketegangan di Laut China Selatan, di samping mengukuhkan hasrat negara-negara lain yang berkepentingan untuk berunding dengan China.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China