Cari:
Hubungan Manila-Beijing Diharap Kembali ke Landasan yang Sihat
2016-07-04 14:29:29 CRI Cetak

Kerajaan baharu Filipina pimpinan Rodrigo Duterte masih berpeluang untuk membetulkan kesilapan bekas Presiden Benigno Aquino III yang membawa kes timbang tara mengenai pertikaian wilayah di Laut China Selatan ke tribunal The Hague, yang diyakini memberi impak negatif terhadap hubungan Filipina-China malah situasi rantau, sebelum keputusan muktamad tribunal itu diumumkan pada 12 Julai depan.

Seketika diketahui Duterte dipilih bagi memimpin Filipina lebih sebulan lalu, Presiden China, Xi Jinping dalam perutusan tahniahnya berkata, hubungan Beijing-Manila yang mesra, stabil dan sihat adalah selaras dengan kepentingan asas kedua-dua negara. Adalah menjadi tanggungjawab bersama pemimpin kedua-dua negara untuk mengekalkan dan mengeratkan persahabatan serta kerjasama yang saling menguntungkan. Xi berharap agar hubungan bilateral dapat kembali ke landasan yang sihat menerusi usaha bersama.

Presiden baharu Filipina itu dalam mesyuarat kabinet pertama sejak menyandang jawatan nombor satu baru-baru ini berjanji bahawa beliau akan mengadakan perbincangan mendalam dengan anggota-anggota kabinet tentang kes timbang tara berhubung isu Laut China Selatan. Duterte berasa gembira sekiranya pertikaian dengan China berhubung isu Laut China Selatan dapat diselesaikan melalui rundingan, dan yakin mampu mengendalikannya dengan baik. "Interaksi" antara kedua-dua pemimpin tersebut dianggap isyarat positif bagi memulihkan hubungan Filipina-China.

Kedegilan Benigno Aquino III mengantarabangsakan isu Laut China Selatan tanpa menghiraukan hubungan tradisi dengan China serta keperluan pembangunan domestik hanya akan mengganggu kesejahteraan rakyat serta kestabilan dan kemakmuran rantau.

Adalah jelas bahawa China menunjukkan sikap yang berhati-hati, toleransi dan timbang rasa apabila menangani masalah-masalah dalam hubungan dengan Filipina. Biarpun Beijing dan Manila menempuhi jalan gelap sepanjang tahun lepas, tetapi perdagangan kedua-dua pihak tetap mencatatkan prestasi yang memberangsangkan.

Sebagai ulasan terhadap kenyataan Presiden Duterte yang mengharapkan "pendaratan licin" untuk pertikaian berhubung isu Laut China Selatan, jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei baru-baru ini menegaskan bahawa kes timbang tara yang dibangkitkan oleh kerajaan Benigno Aquino III adalah tidak sah. Pertikaian tersebut hanya dapat diselesaikan melalui rundingan dua hala berdasarkan fakta sejarah dan undang-undang antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China