Cari:
Malaysia, China Bekerjasama Bina Terminal Pelabuhan Ketiga di Pelabuhan Klang
2016-07-04 12:22:52 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Malaysia akan bekerjasama dengan China untuk membina terminal pelabuhan ketiga bagi Pelabuhan Klang di Pulau Carey yang terletak antara Selat Melaka dan Pelabuhan Klang.

Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai memaklumkan demikian di Kuala Lumpur pada 3 Julai lalu.

Liow Tiong Lai berkata, China digalakkan terlibat dalam projek pembinaan terminal ketiga di Pelabuhan Klang itu berikutan 70% hingga 80% kapal yang melalui Selat Melaka bertolak dari China atau menjadikan China sebagai negara tujuan. Pada masa yang sama, sejumlah tertentu kapal dan TEU(unit bersamaan dua puluh kaki) kontena China melalui Pelabuhan Klang. Hal ini membawa banyak peluang bagi pembangunan pelabuhan tersebut.

Beliau berpendapat, terminal pelabuhan ketiga bagi Pelabuhan Klang merupakan projek yang berskala besar dengan melibatkan kawasan yang panjangnya kira-kira 120 kilometer, pihaknya yakin China pasti berminat terhadap projek tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China