Cari:
Tentera Filipina Rancang Hancurkan Abu Sayyaf Menjelang Tahun ini
2016-07-04 15:26:11 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Tentera kerajaan Filipina akan berusaha untuk menghapuskan kumpulan ekstremis, Abu Sayyaf yang sering mencetuskan kejadian jenayah menjelang penghujung tahun ini.

Panglima Angkatan Tentera Darat Filipina, Eduardo Ano berkata demikian pada 3 Julai lalu.

Ano menegaskan bahawa tentera kerajaan Filipina mampu menghancurkan Abu Sayyaf seperti yang dijadulakan dalam misi berkenaan menjelang penghujung tahun ini berikutan Presiden Filipina yang baharu, Rodrigo Duterte telah mengarahkan tentera kerajaan menjadikan penghapusan kumpulan Abu Sayyaf sebagai misi utama, di samping komited kerajaan akan memberi sokongan terhadap misi tersebut.

Ano mendedahkan bahawa tentera kerajaan sedang berusaha menyekat kegiatan kumpulan Abu Sayyaf, selain mencari peluang untuk melakukan pertempuran dengan kumpulan pengganas itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China