Cari:
Kesahihan Hak China terhadap "9GP"
2016-07-05 14:47:45 CRI Cetak

Beijing sekali lagi mengulangi pendiriannya bahawa negara ini menikmati kekebalan terhadap kedaulatan maritim di Laut China Selatan sejak zaman dahulukala susulan dakwaan ketua peguam Filipina, Paul Reichler yang representasi bagi kes timbang tara berhubung pertikaian wilayah di Laut China Selatan bahawa tuntutan China terhadap perairan tersebut yang dikemukakan berasaskan "sembilan garis putus-putus (9GP)" akan dinafikan dalam keputusan muktamad yang bakal diumumkan Tribunal The Hague pada 12 Julai depan kerana tidak mempunyai asas undang-undang.

Segelintir kuasa sentiasa berniat menjatuhkan imej China di persada dunia dengan mengeksploitasi perkara "9GP", dan menyangsikan kesahihan hak China ke atas garis tersebut. Profesor dari Fakulti Sejarah Universiti Fudan, Feng Wei menjelaskan bahawa "9GP" sebenarnya adalah garis berbentuk U yang melambangkan hak Beijing terhadap Laut China Selatan sejak sekian lama. Dikatakan, pada 1947, kerajaan Republik China menentukan batas sempadan perairan berkenaan dengan sebelas garis putus-putus. Sejak 1 Oktober 1949, pihak berkuasa memplot "9GP" berbentuk U pada peta rasmi untuk menegaskan semula hak kedaulatannya terhadap wilayah maritim tersebut.

Tuntutan yang difailkan secara sepihak oleh Filipina kepada Tribunal The Hague menfokuskan kepada penafian hak kedaulatan yang dinikmati China sejak zaman purbakala terhadap keseluruhan garis berbentuk U tersebut, dan bukannya diletakkan pada kepunyaan mana-mana pulau atau terumbu.

Mengapa Manila sentiasa bertindak provokatif mencabar kesahihan hak China ke atas 9GP? Inilah sebab Beijing masih belum memberikan penjelasan lebih lanjut mengenai garis tersebut menerusi dokumen rasmi. Prof. Feng Wei menganggap, perbuatan kerajaan China itu menggambarkan keikhlasan dan sikap muhibah Beijing dalam usaha mengetepikan pertelingkahan dan mengelakkannya daripada bertambah buruk.

Selain sentiasa mempertahankan hak kedaulatan ke atas kawasan maritim berkenaan, China pula tidak pernah menafikan berlakunya bertikam lidah dengan sesetengah negara mengenai hak milik terhadap wilayah di Laut China Selatan. China benar-benar komited menyelesaikan pertikaian berkenan menerusi dialog dan rundingan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China