Cari:
Pertubuhan Kalangan Rakyat Kemboja Sokong Pendirian Kerajaannya dalam Isu Laut China Selatan
2016-07-05 13:43:37 CRI Cetak

Pemimpin daripada 147 buah pertubuhan bukan kerajaan, pertubuhan masyarakat dan kesatuan sekerja Kemboja mengeluarkan kenyataan bersama untuk menyokong pendirian kerajaan Kemboja yang tidak akan mengeluarkan kenyataan sokongan terhadap keputusan kes timbang tara isu Laut China Selatan.

Para pemimpin pertubuhan tersebut dalam kenyataan itu menyatakan bahawa pihak-pihak terlibat dalam isu Laut China Selatan perlu bersikap sabar dengan sedapat mungkin, tidak mengambil tindakan kekerasan atau mengancam berbuat sedemikian agar menyediakan syarat kepada pihak-pihak terlibat mengadakan rundingan berdasarkan Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DOC). Kenyataan itu berharap ASEAN dan China berusaha agar mencapai Kod Tatalaku di Laut China Selatan (COC).

Pada 28 Jun lalu, Pengerusi Parti Rakyat yang juga Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen dalam perhimpunan mengingati ulang tahun ke-65 penubuhan Parti Rakyat Kemboja, mengulangi pendirian Kemboja dalam isu Laut China Selatan, iaitu tidak menyokong keputusan kes timbang tara isu Laut China Selatan yang bakal diumumkan. Beliau menyeru negara-negara terlibat menyelesaikan pertikaian secara damai, serantak itu menggesa negara bukan di rantau ini menghentikan campur tangan dalam isu Laut China Selatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China