Cari:
Pakar dan Sarjana Negara ASEAN Hargai Ucapan Xi Jinping dalam Perhimpunan PKC
2016-07-05 14:44:22 CRI Cetak

Pakar dan sarjana negara-negara ASEAN menghargai ucapan Presiden China, Xi Jinping dalam perhimpunan meraikan ulang tahun ke-95 penubuhan Parti Komunis China(PKC) pada 1 Julai lalu.

Penasihat kanan Pengerusi Persatuan Perdagangan China-ASEAN, Danny,Chian Siong Lee menganggap bahawa China sedang berada pada tempoh perkembangan yang pesat, dan menjalankan transformasi dalam bidang ekonomi. Ucapan Xi Jinping telah menggariskan hala tuju pembangunan negara. Tahun ini adalah ulang tahun ke-95 tertubuhnya PKC, meninjau kembali dan meluaskan pandangan ke masa depan amat penting bagi PKC, negara dan rakyat.

Pakar daripada Panyapiwat Institute of Management Thailand, Doktor Wichian Piakhong menyatakan bahawa Presiden Xi Jinping yang menegaskan akan mengekalkan wawasan yang dikemukakan pada waktu PKC baru ditubuhkan, ini sebenarnya bermakna PKC berazam terus berusaha bersama dengan rakyat China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China