Cari:
Aung San Su Kyi Seru Tokoh Utama Pasukan Bersenjata Kaum Minoriti Sertai "Sidang Panglong"
2016-07-06 15:07:39 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Penasihat Negara Myanmar Aung San Su Kyi semalam menyeru tokoh-tokoh utama pasukan bersenjata kaum minoriti menyertai "Sidang Panglong" Abad ke-21.

Kerajaan Myanmar telah mengadakan sidang persiapan bagi "Sidang Panglong" Abad ke-21 di Nay Pyi Taw sejak 3 Julai lalu. Dalam sidang yang diadakan semalam, Aung San Su Kyi menekankan bahawa permuafakatan bangsa perlu dicapai bukan sahaja antara pelbagai kumpulan bersenjata, tetapi juga antara pelbagai kaum minoriti.

Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Persiapan untuk "Sidang Panglong" Abad ke-21, Tin Myo Win telah memberi taklimat dalam sidang itu tentang keadaan pertemuan dengan kumpulan bersenjata yang belum menandatangani Perjanjian Gencatan Senjata Kebangsaan. Ketua Setiausaha Jawatankuasa Persiapan, Hla Maung Shwe berkata bahawa Aung San Su Kyi akan menemui wakil-wakil kumpulan bersenjata yang belum menurunkan tandatangan pada pertengahan bulan ini. Selain itu, rangka politik "Sidang Panglong" itu akan dibentuk pada awal Ogos.

Pada hujung Jun lalu, kerajaan Myanmar telah mencapai persepaktan dengan lapan pasukan bersenjata kaum minoriti yang telah menandatangani Perjanjian Gencatan Senjata Kebangsaan untuk mengadakan "Sidang Panglong" Abad ke-21 pada minggu terakhir bulan Ogos.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China