Cari:
Media Filipina: Pertikaian Laut China Selatan Hanya Dapat Diselesikan Melalui Rundingan
2016-07-06 15:54:45 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Akhbar Philippine Daily Inquirer dalam artikel yang diterbitkan hari ini menyatakan bahawa pertikaian di kawasan perairan Laut China Selatan hanya dapat diselesaikan melalui rundingan dua hala antara Filipina dan China.

Sebelum ini, Presiden Filipina yang baharu, Rodrigo Duterte dalam majlis perayaan Ulang Tahun ke-69 Tertubuhnya Tentera Udara Filipina pada 5 Julai lalu menyatakan bahawa pihaknya bersedia mengadakan dialog dengan China berhubung pertikaian di Laut China Selatan selepas tribunal The Hague membuat keputusan mengenai kes timbang tara isu Laut China Selatan pada 12 Julai depan.

Artikel tersebut berpendapat, ini merupakan kali pertama Duterte menyuarakan sikap beliau berkaitan isu Laut China Selatan dan rundingan bilateral antara Filipina dan China.

Baru-baru ini, Menteri Luar Filipina yang baharu, Yas Marina ketika menyebut isu Laut China Selatan berkata bahawa jika Filipina dan China dapat berdialog dan bekerjasama untuk menyelesaikan isu tersebut, pastinya memberi manfaat kepada kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China