Cari:
Indonesia Tetap Selamat untuk Dikunjungi Pelancong
2016-07-06 13:40:27 CRI Cetak

Menteri Pariwisata Indonesia, Arief Yahya menyatakan semalam bahawa walaupun berlakunya serangan bom bunuh diri terhadap sebuah balai polis di Solo, Jawa Tengah semalam, tetapi destinasi pelancongan di pelbagai tempat negara itu tetap selamat.

Arief Yahya berkata, masih belum ada tanda yang menunjukkan destinasi pelancongan menghadapi ancaman keselamatan, para pelancong dari dalam dan luar Indonesia tidak perlu bimbang akan situasi keselamatan di Indonesia.

Bandar Solo, F.X. Hadi Rudyatmo juga menyatakan bahawa bandar itu berada dalam keadaan yang normal dalam tempoh Hari Raya Aidilfitri, pelbagai aktiviti perayaan akan diadakan mengikut jadual, pelancong tidak perlu bimbang terhadap isu keselamatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China