Cari:
Kes Timbang Tara Laut China Selatan Tidak Beri Manfaat kepada Rakyat Filipina
2016-07-07 15:14:02 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Kes timbang tara isu Laut China Selatan dan keputusan yang dibuat tribunal timbang tara tidak akan memberi manfaat kepada rakyat negara itu.

Presiden Kehormat Persatuan Kalangan Orang Cina dan Perantau China Filipina merangkap Ketua Persatuan Penggalakkan Kedamaian dan Penysatuan China Filipina, Dai Hongda berkata demikian ketika menghadiri Perhimpunan Penggalakkan Kedamian dan Kesatuan China Global yang diadakan di Thailand pada 6 Julai lalu.

Dai Hongda yang bermastautin di Filipina selama lebih 40 tahun berkata, rakyat Filipina paling menaruh perhatian terhadap perkembangan ekonomi negaranya, namun bekas presiden, Benigno Aquino III dalam tempoh jawatannya sentiasa membesar-besarkan isu Laut China Selatan, hal ini bukan sahaja mengakibatkan kemerosotan ekonomi negara itu, dan juga menjadi punca kegagalan Aquino dalam pilihan raya kali ini.

Beliau berpendapat, pertikaian antara China dan Filipina perlu diselesaikan melalui rundingan, bukannya diselesaikan melalui saluran pihak ketiga, kerana campur tangan pihak ketiga mungkin memburukkan lagi pertikaian berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China