Cari:
Najib:Rakyat Perlu Menolak Fahaman Ekstremisme dan Keganasan
2016-07-07 15:51:10 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak meminta rakyat Malaysia agar menolak semua fahaman ekstremisme dan keganasan, di samping menggunakan kesedaran, wasatiyah sebagai asas negara.

Beliau berkata demikian bersempena Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2016 Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri di Kompleks Seri Perdana di Putrajaya semalam.

Najib berkata, pelbagai negara berada dalam era globalisasi. Apabila berada dalam dunia yang tiada sempadan, apa yang berlaku di negara lain akan ada tempias dan menular di negara sendiri, biar soal ekonomi atau keselamatan. Beliau berharap rakyat bekerjasama dengan kerajaan dan pasukan keselamatan dalam memerangi kumpulan pengganas.

Ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka tersebut, Menteri Pertahanan Malaysia, Hishammuddin Hussein berkata, cabaran kumpulan militan "Negara Islam"(IS) yang dihadapi Malaysia sekarang merupakan ancaman yang tidak pernah ditemui pada masa lalu. Hanya pelbagai negara meningkatkan kerjasama, baru boleh menyelesaikan masalah ini secara menyeluruh.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China