Cari:
Yang Xiuping: China dan ASEAN Perlu Bina Komuniti Berkongsi Nasib yang Lebih Rapat
2016-07-07 14:31:24 CRI Cetak

China dan ASEAN perlu mengambil peluang untuk memperluas kepentingan bersama dan membina komuniti berkongsi nasib yang lebih rapat. Demikian kata Ketua Setiausaha Pusat China-ASEAN, Yang Xiuping di Beijing semalam.

Yang berkata, China dan negara-negara ASEAN sama-sama menghadapi tugas membangunkan ekonomi dan meningkatkan taraf hidup rakyat. Pelbagai negara mengambil bahagian dalam pembinaan inisiatif "Jalur & Laluan" (B&R) dapat menerajui pembangunan serantau, yang lebih penting adalah dapat menjalin hubungan antara negara, benua dan kalangan rakyat.

Yang Xiuping mencadangkan supaya China dan ASEAN mengambil peluang B&R untuk meningkatkan penyambungan strategi pembangunan dan mendapat lebih banyak keperluan dan kepentingan bersama. Dalam usaha menaiktarafkan kawasan perdagangan bebas, China dan ASEAN perlu berusaha meningkatkan mutu dan keberkesanan kerjasama ekonomi dan perdagangan. Kedua-dua pihak juga perlu memperluas kerjasama kewangan, menggalakkan pembangunan subkawasan Sungai Lancang-Mekong, selain meningkatkan pertukaran sosiobudaya bagi menggalakkan perkembangan bersama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China