Cari:
Situasi Antikeganasan Serius, Malaysia dalam Keadaan Waspada
2016-07-08 14:47:22 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Zulkifeli bin Mohd. Zin semalam menegaskan bahawa pihaknya telah meningkatkan kawalan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand untuk mencegah pengganas secara ketat. Beliau menunjukkan bahawa selain menjalanakan tugas kawalan di pos pemeriksaan yang tetap, anggota tentera Malaysia-Thailand juga melakukan bersama rondaan di kawasan sempadan. Angkatan Tentera Malaysia juga akan bekerjasama dengan jabatan yang berkaitan untuk menguatkuasakan undang-undang supaya mempertingkat kawalan di sempadan dan kawasan yang penting.

Menteri Pengangkutan Malaysia, Liow Tiong Lai menjelaskan pada waktu yang lebih awal bahawa kerajaan akan meningkatkan tahap keselamatan dan kewaspadaan di beberapa tempat seperti Stesen Sentral dan Lapangan Terbang Antarabangsa, mengetatkan pemeriksaan keselamatan dan menambah televisyen litar tertutup.

Pihak polis di bandar Melaka yang merupakan destinasi pelancongan yang terkenal menyatakan bahawa Melaka akan menambah bilangan anggota polis untuk meningkatkan rondaan di kawasan berisiko tinggi dan mengambil langkah berjaga-jaga secara menyeluruh. Kini, pihak polis Melaka telah memastikan kawasan berisiko tinggi dalam negeri ini untuk meningkatkan taraf kawalan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China